Kenapa mesti pilih Cloth Diapers?

Lampin kain moden atau Cloth Diapers amat menjimatkan wang anda. di samping mesra kepada alam ia menjaga kulit si manja anda daripada ruam.

boleh dipakai buang. Jadi, anda tertanya-tanya, macam mana rupanya. Satu-satunya lampin yang ada tahu ialah lampin 4 segi yang dijual di pasaraya. Jadi, untuk memudahkan anda, saya telah mengarang sedikit maklumat asas tentang lampin kain, atau lebih dikenali dengan Cloth Diaper (CD).

Keperluan asas menggunakan lampin kain telah banyak berubah. Kita tak perlu lagi menggunakan pin yang besar tu, dan kita tak perlu pakai seluar plastik (a’ah, yg memang terang-terang dibuat dari plastik, dan nampak air meleleh celah-celah tu bila terbocor). Hari ini, CD telah diperbuat dari pilihan fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering. Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya. Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat. Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal. Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi.

 

Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain. Dengan kata yg lebih canggih..lampin kain yang telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

 

Jumaat, 6 Ogos 2010

hari ini hari sabtu, 7 Ogos 2010.aku baru belajar nak bikin blog sendiri.masih teraba-raba dalam gelap.tolongla aku ini.....